Penilaian Ciri Ciri Khusus Pusat Perkhid

Gratis

0
0
14
10 months ago
Preview
Full text

  

Penilaian Ciri-Ciri Khusus Pusat Perkhidmatan Ke Arah Menyokong

Kelangsungan Aktiviti Pelancongan Luar Bandar

An Assessment of Service Center Characteristic Toward Continuity of Activities in Rural

Tourism Mohamad Azal Fikry Ali & Hamid Saad

  Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor E-mel drhamidsaad@gmail.com

  Abstrak

  Pusat perkhidmatan luar bandar memainkan peranannya yang penting kepada penduduk luar bandar dan sekitar. Meskipun begitu, pusat perkhidmatan juga menjadi kawasan tumpuan masyarakat luar bagi mendapatkan perkhidmatan dan keperluan terutamanya yang menjalankan aktiviti pelancongan. Oleh itu, kertas kerja ini memberi fokus terhadap ciri-ciri khusus yang perlu wujud di dalam sesebuah pusat perkhidmatan bagi menyokong kelangsungan aktiviti pelancongan luar bandar. Penilaian terbahagi kepada dua iaitu pertama, aspek fizikal pusat perkhidmatan merangkumi elemen kemudahsampaian melalui fungsi pengangkutan, ketersediaan fasiliti serta tahap kemudahan sokongan lain. Aspek kedua pula berkaitan sosioekonomi penduduk merangkumi elemen tenaga kerja, populasi semasa dan aktiviti ekonomi setempat yang menyokong aktiviti pelancongan. Kesemua elemen ini akan di nilai berdasarkan pemerhatian dan penilaian berdasarkan kaedah indeks pemberat (pemberian skor). Kelangsungan aktiviti pelancongan di kawasan luar bandar sedikit sebanyak dapat mempelbagaikan aktiviti ekonomi penduduk dan tidak hanya bergantung kepada hasil setempat.

  Kata kunci

  Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, Kelansungan Pelancongan Luar Bandar, Kaedah Indeks Pemberat

  Abstract

A rural service center plays an important role for the people and surrounding rural area. However,

the service center has also become the focus of people outside needing especially for those engaged in

tourism activities. Thus, this paper will focus on specific features that must be present in a service

center to support the continuity of rural tourism activities. The evaluation is divided into two aspects,

firstly, physical aspects of service centers which include elements of Accessibility through

transportion functions, facilities and others supporting servises availability. The second aspect relates

to socio-economic conditions that include elements of labor, current population and local economic

activities supporting tourism activities. All of these elements will be assessed based on the observation

and evaluation by the weight index method (rating score). The continuity of rural tourism activities

provide variaty for economic activity and not dependence only to local production.

  Keywords Rural Service Center, Continuity of Rural Tourism, Weight Index Method

  PENGENALAN

  Pusat perkhidmatan memainkan peranan yang penting di kawasan luar bandar. Kepentingan fungsinya terhadap kegiatan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar sering di kaji oleh ahli akademik. Penemuan kajian mendapati bahawa antara fungsi penting pusat perkhidmatan luar bandar adalah sebagai pusat penyediaan kemudahan runcit dan perkhidmatan, pusat kemudahan awam dan sosial, pusat penyaluran input pertanian dan pemasaran, pusat penyediaan kemudahan industri kecil serta pusat penjanaan peluang-peluang bukan pertanian (Katiman, 2001; Tacoli, 1998). Oleh kerana fungsinya yang pelbagai, pusat perkhidmatan menjadi tarikan bukan sahaja oleh penduduk sekitar malah ianya turut menjadi titik tumpuan (focal point) kepada masyarakat luar yang datang sebagai pelancong untuk melancong.

  Kebiasaanya pusat-pusat perkhidmatan luar bandar yang berhampiran dengan kegiatan pelancongan akan menjadi tarikan kepada pelancong bagi mendapatkan barangan asas serta perkhidmatan sebelum mereka ke destinasi yang dituju. Ada juga sesetengah pusat perkhidmatan yang mempunyai atau menawarkan destinasi pelancongan yang menarik pengunjung untuk datang seperti restoren makanan, industri kecil dan sederhana serta industri hiliran. Oleh kerana wujudnya pemintaan yang baik dari sector pelancongan, sesetengah pusat perkhidmatan akan terus memperkembangkan penawaran fungsinya bagi menyokong aktiviti pelancongan tersebut. Walau bagaimanapun, wujud juga pusat perkhidmatan yang tidak berupaya menawarkan perkhidmatan oleh kerana tahap tahap ekonomi yang rendah, tahap fasiliti yang terhad dan jumlah penduduk yang kurang (Katiman & Khaw, 1985; Katiman, 2000; Hamid Saad, 2000). Oleh demikian, Kertas kerja ini memberi fokus kepada penilaian ciri-ciri khusus sebuah pusat perkhidmatan luar bandar yang baik dan mampu menyokong aktiviti pelancongan di luar bandar.

CIRI PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA

  Secara prinsipnya, penentuan sesebuah pusat petempatan adalah sukar dan berbeza-beza mengikut Negara oleh kerana faktor keadaan geografinya serta kekangan maklumat demografi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengkaji yang memberi pengkelasan umum untuk menentukan ciri- ciri sebuah pusat petempatan. Menurut E. Zabardast (2004), ciri utama penentuan kateria pusat perkhidmatan luar bandar adalah seperti berikut;- i. Sebahagian besar tenaga kerja yang menggerakkan ekonomi setempat adalah dalam kegiatan bukan pertanian. ii. Fungsi pentadbiran di bandar kecil ini adalah minimum dan secara umumnya tahap kemudahan dan perkhidmatan adalah di peringkat rendah seperti pusat kesihatan, sekolah rendah dan balai polis. iii. Penglibatan dalam pengeluaran negara dan serantau adalah kecil. Walau bagaimanapun, fungsi dan peranannya di peringkat tempatan adalah penting sebagai pusat yang menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk sekitar. iv. Mewujudkan jaringan kemudahsampaian yang lebih efektif kepada penduduk luar bandar melalui pusat perkhidmatan tersebut.

  Manakala kajian oleh beberapa penulis, seperti Cohen, English dan Brookfield (1977), Rondinelli (1984), Azman Awang (1984), Baker (1990), dan Katiman Rostam (1991), mendapati bahawa fungsi pusat perkhidmatan di negara-negara membangun adalah seperti Jadual 1 berikut:

  Jadual 1: Fungsi Asas Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Bil. Fungsi Pusat Perkhidmatan Perincian

   1. Pentadbiran peringkat tempatan Pejabat Kerajaan (Cawangan)

  Pejabat penghulu

   Keperluan pertanian

   2. Pusat perniagaan dan komersil

   Kedai runcit/Market/Supermarket

   3. Industri kecil dan sederhana (IKS) Aktiviti berasaskan sumber /Komoditi

   4. Pusat Perhubungan/Pengangkutan Jaringan perhubungan antara bandar-desa

   5. Pusat Perbankkan Perbankkan dan perkhidmatan kredit Kemudahan pendidikan, keagamaan,

   6. Pusat Kemudahan/Infrastruktur kesihatan, rekriasi dan keselamatan

  

Sumber : Olahan daripada Conen, English dan Brookfield (1977), Rodinelli (1984), Azman Awang

(1984), Baked (1990) dan Katiman Rostam (1991).

  Berdasarkan ciri dan fungsi diatas, dapat disimpulkan bahawa pusat perkhidmatan luar bandar bukan sahaja turut berfungsi dalam aktiviti ekonomi bahkan juga menawarkan pelbagai kemudahan sosial serta perkhidmatan sehinggakan kepada penduduk di kawasan tadahan dan pengunjung dari luar. Meskipun begitu, masih terdapat pusat perkhidmatan yang hanya menawarkan fungsi bersifat asas sahaja (pusat separa lengkap). Sebagai sebuah pusat kepada masyarakat, pusat perkhidmatan seharusnya di bangunkan dengan jelas fungsinya dan berkesan agar dapat menyokong keperluan setempat.

  Menurut piawaian perancangan dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), pusat perkhidmatan adalah bandar yang mempunyai bilangan penduduk dan kemudahan yang telah ditetapkan dalam dua kategori, iaitu:

   Bandar Kecil Kategori I – mempunyai saiz penduduk antara 5,000 sehingga 10,000 orang dan pusat perkhidmatan ini mempunyai kemudahan-kemudahan dalam lingkungan jarak 5 km.  Bandar Kecil Kategori II - mempunyai saiz penduduk antara 500 sehingga 5,000 orang dan pusat perkhidmatan ini perlu mempunyai kemudahan-kemudahan dalam lingkungan jarak 3 km.

POTENSI PUSAT PERKHIDMATAN TERHADAP PEMBANGUNAN PELANCONGAN

  Berdasarkan Model Pelancongan Bandar oleh Opperman dan Kyle (1997), fungsi pelancongan boleh ditakrifkan apabila sesebuah bandar menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel, homestay atau rumah tetamu di dalam kawasan tadahannya. Di kebanyakan pusat perkhidmatan, fungsi ini telah membangun dengan pantas selari dengan pesatnya pembangunan pelancongan setempat sesebuah kawasan. Tambahan pula, kewujudan destinasi pelancongan yang menarik di kawasan sekitarnya membuatkan kemudahan pelancongan di kawasan pusat perkhidmatan turut sama membangun akibat wujudnya penawaran yang sebelum ini minimum. Pengaruh pelancongan tempatan sedikit sebanyak telah mempengaruhi ekonomi penduduk luar bandar yang menjalankan aktiviti ekonomi premier kepada aktiviti ekonomi tertier. Aktiviti ekonomi tertier ini juga membuktikan bahawa sesebuah pusat perkhidmatan mampu menyokong aktiviti pelancongan di kawasan sekitar.

LOKASI DAN METODOLOGI KAJIAN

  Lokasi kawasan kajian difokuskan kepada lima pusat perkhidmatan luar bandar yang terletak di pantai timur Johor. Pemilihan kawasan ini adalah berdasarkan lokasinya yang terletak di dalam Zon Khas Pelancongan Negara menurut Pelan Fizikal Negara 2 serta tahap heirarkinya di dalam petempatan. Berikut (Jadual 2 dan Rajah 1) merupakan lima pusat perkhidmatan yang telah dipilih sebagai lokasi kajian.

  Jadual 2: Kawasan Kajian Bil. Bandar Hierarki Saiz Populasi (orang)*

  1. Mersing Bandar Pertengahan 10,301

  2. Penawar Bandar Pertengahan 6,145

  3. Endau Bandar Kecil 3,236

  4. Sg. Rengit Bandar Kecil 2,018

  5. Sedili Besar Bandar Kecil 878

  • *Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia; Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010

  Kaedah pemerhatian dan pengiraan di lapangan dijalankan bagi memperolehi maklumat berkaitan fungsi (aktiviti ekonomi) yang terdapat di dalam setiap pusat perkhidmatan. Maklumat fungsi ini dikumpul untuk melihat secara keseluruhan interaksi pusat perkhidmatan dengan aktiviti yang menyokong pelancongan setempat.

  Indeks Pemberat digunakan bagi menilai tahap interkasi tersebut sama ada ianya di kategorikan sebagai sangat menyokong sehinggalah tahap tidak menyokong aktiviti pelancongan. Indeks pemberat di berikan skala seperti Jadual 3 dibawah dan setiap skala membawa nilai tertentu. Hasil analisa tersebut, ia akan mengkategorikan setiap fungsi yang terdapat di dalam sesebuah pusat perkhidmatan sama ada ianya fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan atau tidak (Lampiran A dan Lampiran B).

  Selain itu, teknik temuramah secara ringkas dengan pelancong bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan membina dari mereka dijalankan. Temubual dijalankan secara rawak di setiap pusat perkhidmatan. Seramai 20 orang responden (pelancong yang bermalam) di setiap lokasi kajian akan menjawab beberapa soalan ringkas berkaitan tahap kepuasan fasiliti serta fungsi kemudahan yang kerap atau pernah digunakan sepanjang berada di pusat perkhidmatan. Ini bagi membolehkan cadangan atau penambahbaikkan dapat dibentuk diakhir kajian.

  Jadual 3: Perincian Skor bagi Indeks Pemberat bagi Kajian Skor Indeks Pemberat Perincian (Nilai)

  Mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan

2 Kurang mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan

  1

  secara jelas / Fungsi adalah terhad Tidak mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan/ Fungsi yang dijalankan tidak berkaitan dengan pelancongan

  5 ENDAU MERSING SEDILI BESAR PENAWAR SG. RENGIT

  …………………………. Zon Khas Pelancongan Negara …………………………. Pusat Perkhidmatan (Kawasan Kajian) Rajah 1: Lokasi Kawasan Kajian Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia; Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010

TAHAP FUNGSI PENGANGKUTAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN

  Tahap kemudahsampaian bagi kajian ini memberi fokus kepada fungsi pengangkutan yang terdapat di pusat perkhidmatan bagi kelima-lima bandar yang di kaji. Fungsi pengangkutan yang baik biasanya mampu memberikan tahap kemudahsampaian yang optimum kepada penduduk sekitar dan kepada pelancong luar umumnya. Fungsi pengangkutan di kawasan kajian termasuklah fungsi stesen bas, teksi, jeti dan terminal bot. Pusat perkhidmatan seharusnya mempunyai fungsi pengangkutan yang baik supaya tahap kemudahsampaian di kawasan luar bandar dapat di minimakan. Tambahan pula kebanyakkan jarak destinasi pelancongan dengan pusat perkhidmatan adalah lebih dari lingkungan kawasannya (3 km - 5 km).

  Berdasarkan temubual dari responden yang terpilih, hasil yang diperolehi adalah seperti di

  

Rajah 2 dibawah. Kebanyakkan responden yang ditemubual memberi skor yang baik terhadap fungsi

  pengangkutan di bandar Mersing dan Bandar Penawar. Manakala skor sederhana diberikan kepada bandar Endau dan Sungai Rengit. Kebanyakan responden kurang berpuas hati dengan tahap perkhidmatan pengangkutan di Sedili Besar. Fungsi pengangkutan di bandar Mersing dan Bandar Penawar adalah di tahap baik selari dengan heirarki petempatannya sebagai bandar pertengahan. Meskipun kebanyakkan destinasi pelancongan di kedua-dua bandar tersebut agak jauh (kira-kira 15 km dan keatas), tahap kemudahsampaian ke destinasi atau ke pusat perkhidmatan kedua-dua bandar adalah baik.

  Bagi Bandar Endau dan Sungai Rengit pula, kebanyakkan destinasi pelancongannya adalah di sekitar lingkungan kawasan pusat perkhidmatan (kurang dari 10 km). Kebanyakkan pengunjung yang datang hanya akan menggunakan perkhidmatan teksi atau kereta sewa untuk ke destinasi pelancongan. Oleh itu, keperluan terhadap fungsi pengangkutan di kedua-dua bandar ini adalah sederhana. Berbeza pula dengan Sedili Besar, disebabkan faktor kedudukan lokasinya (di rentangi oleh Sungai Sedili Besar) tahap kemudahsampaiannya adalah kurang. Laluan air melalui jeti yang lebih dekat sudah tidak menjadi pilihan kerana telah wujud laluan darat sebagai altenatif walaupun jaraknya akan jauh. Oleh yang demikian, kebanyakkan pengunjung adalah pengunjung tempatan yang mengetahui laluan altenatif ke Sedili Besar.

  Rajah 2: Tahap Fungsi Pengangkutan di Kawasan Kajian Sumber : Kajian Lapangan, 2014

TAHAP KETERSEDIAAN KEMUDAHAN DAN FASILITI

  Berdasarkan pemerhatian dan kajian di lapangan terhadap 857 buah premis di kelima-lima pusat perkhidmatan, kajian merumuskan terdapat sebanyak 52 jenis fungsi yang menyumbang kepada 846 fungsi di dalam kawasan kajian. Bandar Mersing mempunyai jumlah fungsi yang tertinggi berbanding empat pusat perkhidmatan yang lain. Hal ini kerana mersing mempunyai jumlah populasi yang lebih tinggi (10,301 orang). Jumlah populasi yang tinggi dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat kerana wujudnya pemintaan dan kuasa beli yang tinggi. Manakala Sedili Besar berada dikedudukan terendah kerana bilangan fungsinya yang rendah (55 fungsi) selari dengan jumlah populasinya yang juga rendah (Jadual 4)

  Jadual 4: Jenis Fungsi, Jumlah Fungsi dan Bilangan Premis di Kawasan Kajian Bilangan Bilangan Jumlah Bandar Jumlah Polpulasi Premis Jenis Fungsi Fungsi

  10,301 367 32 412

  Mersing Bandar Penawar 6,145 254

  30 173

  Endau 3,236 135

  21 124

  Sg. Rengit 2,018

  68

  23

  82 Sedili Besar 878

  33

  11

  55 Sumber: Kajian Lapangan, 2014

  • **Nota: Fungsi
    • – Satu unit aktiviti ekonomi yang terdapat dalam sesebuah kawasan Jenis Fungsi – Sekumpulan unit fungsi yang aktivitinya berulang di sesebuah kawasan

  Unit fungsi yang telah dikenal pasti sebanyak 846 fungsi, dianalisis dan dikategorikan skornya berdasarkan Indeks Pemberat (Jadual 3). Melalui Indeks Pemberat ini, skor penuh (skor 2) diberikan kepada unit fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan. Manakala Skor 1 kepada aktiviti yang fungsinya terhad kepada penduduk tempatan dan Skor 0 kepada fungsi yang tidak menyokong aktiviti pelancongan atau tidak berkaitan.

  Hasil analisis Indeks Pemberat ini mendapati bahawa bandar Mersing (77 %), Bandar Penawar (71 %), dan Sungai Rengit (61 %) berjaya melepasi peratusan minimum sebagai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.Namun, pusat perkhidmatan di Endau (49 %) dan Sedili Besar (47 %) tidak berjaya melepasi tahap minimum tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa kemudahan serta infrastruktur di Sedili Besar dan Endau adalah terhad kepada pelancong luar. (Rajah 3 dan Jadual 5).

  Walau bagaimanapun, Sedili Besar boleh dibangunkan aktiviti berorentasikan pelancongan yang baik. Sedia maklum Sedili Besar adalah kawasan tidak formal pemancing-pemacing laut dalam bagi mendapatkan perkhidmatan bot untuk ke laut. Berdasarkan faktor pemintaan ini, sedili besar boleh mempromosikan dan memperhebatkan lagi aktiviti berasaskan pelancongan sedia ada seperti memperbanyakkan penginapan chalet, restoren makanan laut dan kemudahan bot. Walaupun kedudukannya agak terpencil, namun tahap pemintaan yang wujud mampu memberi implikasi yang baik terhadap aktiviti pelancongan di masa hadapan. Manakala Endau pula mempunyai destinasi eco- pelancongan yang berpotensi tinggi dan ia menjadi faktor pemangkin utama kepada pusat perkhidmatan.

  Garis Minimum Rajah 3 : Peratusan Skor Indeks Pemberat Mengikut Kawasan Sumber : Kajian Lapangan, 2014

  Jadual 5 : Skor Indeks Pemberat Mengikut Kawasan Jenis Fungsi (Kategori) Bandar Mersing Endau Sg. Rengit Sedili Besar Penawar Skor Kawasan Kajian Pentadbiran 15 10 2 2 Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan

    Pejabat –Pejabat Kerajaan (Cawangan) Perniagaan dan Komersil

   93 66 54

  Kedai/ /Market/Supermarket 410

  31 Kedai Pertukangan,/Pertanian/Baja

    Bengkel Kenderaan Industri 54 20 5 8

  4 Kilang Industri Kecil Sederhana (IKS)

   Pengangkutan 12 4 4 4 Jeti/ Stesen Bas

   1 Terminal Teksi/ Kereta Sewa Kewangan 24 4 10 2 Premis Perbankkan

   1 Premis Tukaran Wang Asing  Fasiliti Sosial

   Pendidikan- Sekolah, Kolej  72 75 17 10

  Fasiliti Kesihatan – Klinik, Hospital

   5 Keselamatan- Balai Polis dan Bomba Keagamaan – Masjid, Gereja, Tokong, Kuil  Rekriasi- Gymnasium, Rumah Kelab  Fasiliti Pelancongan (Penginapan) 48 40 18 20

   3 Hotel, Chalet, Guest House, Homestay

  53 PERATUSAN (%)

JUMLAH SKOR PEMBERAT 635 246 145 100

  77.06

  71.10

  49.19

  60.98

  47.32

  

HUBUNGKAIT SOSIOEKONOMI PENDUDUK DENGAN KELANSUNGAN AKTIVITI

PELANCONGAN

  Secara umumnya, kepesatan sesebuah petempatan bergantung kepada jumlah penduduknya. Kadar populasi yang tinggi mampu meningkatkan kadar petumbuhan sesebuah bandar. Sebaliknya kadar migrasi keluar yang tinggi serta kadar mortaliti yang rendah boleh memberi implikasi negatif kepada pertumbuhan sesebuah petempatan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan populasi di kawasan kajian adalah sederhana. Tren migrasi dari bandar ke bandar lain menyebabkan pertumbuhan di bandar- bandar kecil menjadi agak lembab. Secara keseluruhannya, peratusan jumlah tenaga kerja yang produktif (had umur 20 tahun sehingga 60 tahun) berbanding jumlah keseluruhan penduduk (Rajah 4) adalah di tahap yang sederhana (sekitar 55% sehingga 60%). Hal ini menunjukkan bahawa tenaga kerja di kawasan kajian masih lagi efektif untuk dibangunkan sektor baru sebagai sumber ekonomi altenatif.

  Rajah 4 : Jumlah Penduduk Berbanding Jumlah Tenaga Kerja Produktif Sumber : Olahan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

  Berdasarkan maklumat bancian dari Jabatan Perangkaan 2010 serta kajian lapangan pengkaji mendapati bahawa pecahan pekerjaan di kawasan kajian adalah seperti di Rajah 5 berikut. Majoriti pusat perkhidmatan kawasan kajian menceburi aktiviti ekonomi dalam bidang perniagaan dan komersil seperti di bandar Mersing (57%), Bandar Penawar (42%) dan Sungai Rengit (56%). Manakala peratusan aktivti dalam pertanian dan perikanan adalah lebih tinggi di bandar Endau (40%) dan Sedili Besar (64%). Bagi kegiatan ekonomi dalam sektor pelancongan semasa pula, bandar Mersing dan Endau mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 13% dan 18% berbanding pusat perkhidmatan lain. Daripada maklumat ini dapat dirumuskan bahawa ekonomi di Mersing, Bandar Penawar, Sungai Rengit dan Endau masih menyokong sektor pelancongan melalui sektor perniagaan. Walau bagaimanapun, peralihan sumber ekonomi dari ekonomi primer (pertanian) kepada sumber tertier di kawasan bandar kecil adalah di galakkan supaya sumber ekonomi dapat di pelbagaikan.

  Rajah 5 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Mengikut Sektor Ekonomi Kawasan Sumber : Olahan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

  KESIMPULAN

  Berdasarkan kepada penemuan-penemuan kajian diatas, Pusat perkhidmatan di Mersing, Bandar Penawar dan Sungai Rengit menunjukkan ciri-ciri positif sebagai sebuah pusat perkhidmatan luar bandar yang menyokong aktiviti dalam sektor pelancongan. Kewujudan kemudahan dan fasiliti sedia ada mampu untuk menampung pemintaan dan keperluan masyarakat setempat dan pengunjung luar. Hal ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pusat perkhidmatan tersebut mempunyai fungsi bandar yang pelbagai dan tidak terhad.

  Walau bagaimanapun, bagi pusat perkhidmatan di Endau dan Sedili Besar, tahap kefungsian bandarnya masih mampu dipertingkatkan. Endau mampu berkembang dengan kewujudan Taman Negara Endau-Rompin, kewujudan tenaga kerja yang mencukupi di jangka mampu memberi impak positif kepada Endau. Sedili Besar pula perlu mengambil peluang terhadap pemintaan ekonomi dalam sektor pelancongan yang sedia ada dan mengembangkannya. Sedili Besar juga mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi masa hadapan yang lebih optimum. Berikut

  

Jadual 6 menunjukkan secara ringkas kesimpulan kajian yang menggambarkan tahap ketersediaan

pusat perkhidmatan dalam menyokong aktiviti pelancongan di timur Johor. Jadual 6: Ringkasan Kesimpulan bagi Tahap Pusat Perkhidmatan

Ciri -Ciri Bandar Sg. Sedili

  Mersing Endau Bandar Penawar Rengit Besar

  Tahap Kemudahsampaian Ketersediaan Fungsi Bandar Tenaga Kerja Setempat Aktiviti Ekonomi Setempat

  PENUTUP

  Pusat-pusat perkhidamtan luar bandar perlu mengadaptasi pekembangan ekonomi setempat mengikut peluang-peluang sedia ada. Untuk tujuan tersebut, pelbagai pihak perlu bekerjasama bagi membangunkan fungsi pusat perkhidmatan luar bandar ini kerana peranannya adalah amat penting di kawasan luar bandar. Pihak Berkuasa Tempatan harus memberi sepenuh perhatian dan buah fikiran bagi mencetuskan peluang-peluang ekonomi baru di kawasan pentadbiran mereka. Manakala tenaga kerja setempat perlulah lebih efektif dan kreatif dalam menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi baru terutamanya dalam sektor pelancongan agar dapat menarik minat pengunjung untuk datang. Berikut merupakan antara ciri-ciri khusus yang perlu ada bagi sesebuah pusat perkhidmatan untuk menyokong aktiviti pelancongan sedia ada:-

   dapat dicapai terutama dari aspek menghubungkan pusat perkhidmatan dengan aktiviti pelancongan.

  Mewujudkan fungsi pengangkutan yang baik supaya tahap kemudahsampaian yang optimum

   supaya dapat meningkatkan ekonomi setempat sekaligus mewujudkan penawaran barangan yang mampu menampung keperluan penduduk dan pengunjung luar Menambahbaik fasiliti dan kemuudahan sokongan pelancongan di pusat perkhidmatan seperti

  Memgembangkan fungsi komersil dan perniagaan serta fungsi industri kecil sederhana (IKS)

   pusat informasi, kemudahan penginapan dan fasiliti keselamatan agar berada di tahap yang baik.

   tertier seperti aktiviti pelancongan untuk menjana ekonomi setempat Mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menggerakkan ekonomi baru seperti ekonomi

  Ketidakbergantungan terhadap ekonomi premier dan memberi peluang kepada ekonomi

   tertier ini. Kewujudan kepelbagaian tren pelancongan kini menyebabkan aktiviti pelancongan luar bandar di Malaysia menjadi salah satu tarikan utama. Oleh itu, keupayaan dan ketersediaan pusat perkhidmatan luar bandar dalam menyokong aktiviti pelancongan adalah penting. Pusat perkhidmatan luar bandar telah menjadi pusat tumpuan pelancong bagi mendapatkan barangan asas, kemudahan dan perkhidmatan sebelum ke destinasi pelancongan yang lain. Peluang-peluang mempelbagaikan fungsi di dalam bandar untuk menarik pelancong datang adalah merupakan peluang yang bernilai. Pusat perkhidmatan boleh dianggap sebagai medium penghubung di antara kemudahan di pusat bandar dengan kawasan pelancongan yang terpencil dan pedalaman luar bandar. Fungsi pusat perkhidmatan yang baik dan optimum mampu memudahkan pengunjung luar sekaligus penduduk setempat dapat menikmati infrastruktur dan kemudahan yang tersedia.

  RUJUKAN

Azman Hj.Awang (1984) Small towns, olds new: their status in the national settlement

structure in West Malaysia. Dlm Kammeier, H.D& Swan, P.J (pnyt.). Equity with

  Growth?planning perspective for small own in developing countries, hlm 248-259. Bangkok: Asian Institute of Technology.

Baker, J. (1990) The growth and function of small urban centers in Ethiopia. Dlm. Baker,J.

  (pnyt.) Small town Africa: studies in rural-urban interaction, hlm. 209-227. Uppsala: The Scandinavian Institute of African Studies. Carter,H (1990) Urban and rural settlement. Landon, Longman Group Ltd.

Cohan,M, English,J. &Brookfield,H (1977) Functional diversity at the base of the urban

system in Peninsular Malaysia. The Jurnal of Tropical Geoghraphy 45; 12-25

Department of Statistic Malaysia (2010) Population and housing census of Malaysia 2010.

  Kuala Lumpur

Department of town and county planning peninsular Malaysia (1998), National Physical

Plan , Kuala Lumpur

  

E.Zabardash (2004). Size of a City. Iran Center for Achitecture and City Planning, Tehran,

p.36

G. Halseth & C. Meiklejohn (2009) Indicator of small town tourism development

potential:the case of Fouriesburg, South Afrika. Urban Forum (20) 293-317

Katiman Rostam (2001) Dasar dan Strategi petempatan dalam pembangunan negara.

  Penenrbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Katiman Rostam, Khaw Loo Bean (1985) Hierarki kefungsian pusat peringkat rendah:

Contohdari Hulu Terengganu. Ilmu Alam Bil 14 & 15. Mei 1985, 15-34.

Katiman Rostam (1991) The roles of service center on rural development:a study of the

settlement of Hilir Perak,Malaysia, Akademia 38: 29-58

Katiman Rostam (2000) Pembandaran dalam era globalisasi: Beberapa kesan terhadap

ruangekonomi desa di pinggiran metropolitan. Prosiding Seminar Antarabangsa Alam,

  Manusiadan Pembangunannya di Malaysia: Dasar Starategi dan Kelestariannya. Anjuran PersatuanKebangsaan Geografi Malaysia dan Jabatan Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia, pada19 Jun 2000 Bangi. Tidak diterbitkan.

  Lal,N (1989). Rural Settlement Planning and Developmant.Allahabad;Chugh Publication.

Oppermann, M & Kyle-Sung Chon (1997) Tourism in developing countries. London:

International Thomson Business Press.

  

Tacoli C.(1998) Rural- urban interaction: A guide to the literature. Enviroment and

Urbanazation 10 (1) (April), 147-166

Yazid Salleh, Katiman Rostam & Mohd Yusof Hussain (2011) Model heirarki kefungsian

dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar Bandar di Malaysia:

  Bukti dri Daerah Batang Padang. Malaysia Journal of Society and Space 7: Special issue: Social and Spartial Callengers of Malaysia Cevelopment (66=79).

Dokumen baru

Aktifitas terkini

Download (14 Halaman)
Gratis

Tags

Ciri Ciri Dan Bakat Khusus Tugas Ipa Mencari Ciri Ciri Khusus Tumbu Ciri Khusus Beberapa Jenis Tumbuhan Ciri Khusus Hewan Dan Manfaatnya Ciri Khusus Pada Makhluk Hidup Ciri Khusus Hewan Dan Fungsinya Ciri Dan Khusus Dan Kaktus Ciri Khusus Tumbuhan Dan Fungsinya Ciri Khusus Hewan Dan Tumbuhan Identifikasi Penilaian Iklan Berdasarkan Ciri
Show more

Dokumen yang terkait

Dampak Kekerasan Anak Dalam Rumah Tangga (Studi Deskriptif pada Korban KDRT di Lembaga Pusat Pelayanan Terpadu Korban Kekerasan Terhadap Perempuan dan Anak (PPT) Kabupaten Situbondo)
0
28
17
Dominating Set Dan Total Dominating Set Dari Graf-Graf Khusus
4
71
24
Pengaruh Pembiayaan Sektor UMKM dan NPF Terhadap Laba OPerasional PT Bank Syariah Mandiri Pusat
3
45
76
Perancangan Sistem Informasi Pengelolaan Yayasan (Sinpeya) Pada Balai Perguruan Putri (BPP) Pusat Bandung
7
75
187
Prosedur penggunaan anggaran untuk pembiayaan belanja rutin pada kantor Pusat Pengembangan Penataran Guru (PPG)-IPA Bandung
0
6
77
Daya Tarik Isi Pesan Majalah Dinding "Layanan Informasi Oleh Humas Pusat Pengembangan Dan Pembedayaan Pendidikan Dan Tenaga Kependidikan Ilmu Pengetahuan Alam (P4TK IP) Bandung Terhadap Motivasi Perolehan Informasi Karyawannya
0
12
1
Peningkatan Kepuasaan Kerja Karyawan Melalui Penilaian Prestasi kerja Dan Promosi Karyawan Pada PT. Telekomunikasi Indonesia Tbk. Bandung (Studi Kasus Pada Human Capital Center)
0
18
1
04. A. Salinan Permendikbud No. 66 th 2013 ttg Standar Penilaian
0
34
3
Tinjauan atas pembuatan laporan anggaran Bulan Agustus 2003 pada Pusat Penelitian dan Pengembangan Geologi Bandung
0
74
64
prosedur Verifikasi Data Perjalanan Dinas Pada Pusat Penelitian Dan Pengembangan Sumber Daya Air
8
44
69
Laporan hasil kerja praktek di Pusat Litbang Sumber Daya Air
1
82
1
Tinjauan mengenai perkembangan penyaluran kredit pensiunan dan non pensiunan pada Bank Tabungan Pensiunan Nasional (BTPN) Pusat Bandung Periode 1998-2002 : laporan kerja praktek
0
34
1
Sistem Penilaian Kinerja Pegawai di PT. Daya Adicipta Mustika Menggunakan Metode Personal Balanced Scorecard
0
12
1
E-recuirtment calon peserta KP/PKL/peneltian/riset Kantor Pusat PT.InTI Bandung : laporan kerja praktek
0
27
1
Laporan prktek kerja Lapangan Di PT. Kereta Api Indonesia (persero) Kantor Pusat Bandung
4
47
114
Show more