SYARAT dan FORMAT KAWAD 2009.doc

Gratis

0
0
8
1 year ago
Preview
Full text

  

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO DAN NGO 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  1. PENYERTAAN

  4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

  4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.

  4.2 Kun – kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun – kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain warna hijau ).

  4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. ( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 1 ).

  3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik masuk ke dalam litar di bawah perkara item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

  3.6 Anggota yang menganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

  3.5 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanya sarung tangan putih sahaja.

  3.4 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mesti dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan.

  3.3 Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah bagi satu item.

  3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

  3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen.

  disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

  pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga

  2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan

  lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

  2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar

  2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang

dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

  menuntut di sekolah. ( sehingga tingkatan 6 )

  2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang

  2. PENDAFTARAN

  1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

  1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

  b. Kategori Puteri

  a. Kategori Putera

  1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:

  swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.

  1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau

3. PAKAIAN

4. PADANG KAWAD

  JANGKA MASA PERSEMBAHAN

  5.

  5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.

  5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.

  5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

  5.4 Isyarat akan dibunyikan:

  a. pada minit ke 12. (sekali)

  b. masa tamat. (dua kali)

  6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

  6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

  6.2 Bilangan Anggota:

  a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika

  bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki gelanggang pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

  b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga

  sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.

  c. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

  6.3 Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan

  7 BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

  7.1 Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing- masing.

  7.2 Kawad Asas:

  7.2.1 Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti. ”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 )

  7.2.2 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.

  7.2.3 Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.

  7.2.4 Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.

  7.2.5 Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji tuan”. Di akhiri dengan “Terima Kasih, Tuan”.

  7.2.6 Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan: i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.

  ii. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing” iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan....pusing”. iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”. v. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”. vi. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.

  7.2.7 Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.

  7.2.8 Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 ).

  7.2.9 Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.

  7.2.10 Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .

  7.2.11 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan) ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan) iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan) iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

  7.2.12 Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing” diberikan.

  7.2.13 Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.

  7.2.14 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan: i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”. ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”. iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”. iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”. v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”. vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”. vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”. viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”. ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri......pusing”. x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”. xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”. xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap) 7.2.15 Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

  Catatan (1):

  1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

  2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B, Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

  3. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

  7.3 Pergerakan Membentuk Formasi

  a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh

  petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.

  b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

  c. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat dan akan dinilai.

  d. Unsur Kawad Tongkat, Kawad Senjata dan Kawad Pedang dibenarkan didalam kawad formasi sahaja.

  e. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.

  f. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.

  g. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.

  h. Gerakan penutup formasi selepas slogan perlulah diakhiri dengan pergerakan kawad dan akan dinilai. i. Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad. j. Penalti akan dikenakan untuk kesalahan-kesalahan berikut: i. Keluar dari kawasan litar pertandingan ii. Memberi isyarat. iii. Mengeluarkan suara selain daripada formasi keempat.

  7.4. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji tuan”. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, Tuan. Di akhiri dengan “Terima Kasih, Tuan”.

8 PENALTI

  8.1 Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan:

  Semasa Kawad Asas

  Markah Maksimum Bil Jenis Kesalahan

  Penalti ditolak

  1 Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit

  10 Sekali Anggota jatuh (pengsan/pitam)

  2 5 3 kali 3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya. 3 5 kali

  Aksesori terlucut / tidak ditempatnya

  4 1 5 kali

  5 Keluar kawasan kawad 5 5 kali

  6 Terlanggar kun 3 5 kali

  7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali

  8 Pergerakan yang bukan ditetepkan 5 5 kali

  Semasa Kawad Formasi

  Markah Maksimum Bil Jenis Kesalahan

  Penalti ditolak

  1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali

  2 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali

  3 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali

  4 Perlakuan / aksi yang kurang sopan 5 5 kali

  5 Mengguanakn peralatan tambahan 5 5 kali

  6 Pakaian asas terlucut / tidak ditempatnya 5 5 kali

  7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali

  Ketua Platun

  Markah Maksimum Bil Jenis Kesalahan

  Penalti ditolak

  1 Bergerak bersama pasukan

  15 Sekali

  2 Memberi hukuman kawad di luar litar

  10 Sekali

  3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam )

  10 Sekali

  4 Melapor diluar litar kawad 5 2 kali

  5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya. 1 5 kali

  7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali

  8 Bukan bahasa hukuman yang di tetepkan 5 5 kali Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim di sebelah kanan litar sahaja.

9 PENGHAKIMAN

  a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi kedua-dua kategori. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut; i. Seorang Ketua Hakim. ii. Seorang Penolong Ketua Hakim. iii. Empat orang akan menjadi hakim pakaian. iv. Lapan orang hakim kawad. ( 2 orang bagi setiap sisi litar ) v. Empat orang hakim Ketua Platun termasuk Ketua Hakim dan Penolong Ketua Hakim.

  b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah bagi setiap pasukan tidak diambilkira. c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai KPM.

  d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad dinamik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira.

  e. Keputusan hakim adalah muktamad.

  f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut:

  1 Pakaian 10 %

  2 Kawad Statik dan Dinamik 50 %

  3 Kawad Formasi 30 %

  4 Ketua Platun 10 % Jumlah Keseluruhan 100 %

  Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan Pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.

  h. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( Bahasa Hukuman dan pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.

10 BANTAHAN

  Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

  

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

PENERANGAN KAWAD FORMASI KATEGORI AGENSI KERAJAAN ( GO )

  

DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN ( NGO )

UNSUR GERAK

  d. Kepelbagaian Gerakan Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan, tunduk ataupun gerakan ala tatu atau silat dan sebagainya. asalkan tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

  Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

  4. Kesopanan

  Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun

  3. Kemantapan

  Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

  2. Keserasian

  Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

  1. Unik/kreatif

  Terkandung di dalamnya:

  e. Gerakan Penutup Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

  c. Kesatuan Gerakan Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi- formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan ’jalan perlahan’ maka di setiap formasi terdapat cambahan ’jalan perlahan’. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

  Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali. Terbahagi kepada 3 unsur:

  b. Keseimbangan dalam penggunaan ruang Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

  a. Gerakan dalam Unsur Kawad Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

  Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

  3. Keindahan Gerak

  Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya.

  2. Keseragaman Gerak Formasi

  Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

  1. Kekayaan Gerak Formasi

  Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

  3. Unsur suara

  2. Unsur penghayatan

  1. Unsur gerak

UNSUR PENGHAYATAN

UNSUR SUARA

  Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaianunsur bunyi/suara.

  1. Slogan yang betul Slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama.

  2. Tepat

  Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan

  3. Padu Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

  Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya unsur gerak, unsur penghayatan dan unsur suara itu.

Dokumen baru

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA
24
217
36
FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)
27
212
2
Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)
136
609
18
DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"
131
610
21
KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )
64
463
20
PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)
105
430
24
Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)
0
53
2
KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)
5
99
24
GANGGUAN PICA(Studi Tentang Etiologi dan Kondisi Psikologis)
3
70
2
Efek Hipokolesterolemik dan Hipoglikemik Patigarut Butirat
2
93
12
Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005
3
55
17
Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)
8
84
57
Diskriminasi Daun Gandarusa (Justicia gendarrusa Burm.f.) Asal Surabaya, Jember dan Mojokerto Menggunakan Metode Elektroforesis
0
59
6
IbM Peningkatan Kesehatan Gigi dan Mulut Petani Kakao Kecamatan Bangsalsari
5
88
57
Identifikasi Jenis Kayu Yang Dimanfaatkan Untuk Pembuatan Perahu Tradisional Nelayan Muncar Kabupaten Banyuwangi dan Pemanfaatanya Sebagai Buku Nonteks.
24
288
121
Show more