Latar Belakang PKL

Gratis

1
3
19
3 months ago
Preview
Full text

  KANDUNGAN 1.

  Latar Belakang 2. Objektif 3. Carta Jabatan/ Pejabat 4. Fungsi Utama PKL 5. Aktiviti Bagi Fungsi Utama 6. Proses Kerja Bagi Tugas Utama 7. Carta Aliran Kerja Aktiviti Utama 8. Senarai Borang

1. LATAR BELAKANG

  Pusat Kejenteraan Ladang (PKL) KADA telah ditubuhkan pada tahun 1985 bagi menampung keperluan perkhidmatan mekanisasi ladang dalam kawasan KADA. PKL telah dibekalkan dengan aset (traktor beserta implimen dan jentuai) bagi menyediakan perkhidmatan membajak dan menuai kepada petani secara mengambil upah. PKL dipertanggungjawab untuk menjalankan operasi secara berdikari yang mana segala dipertanggungjawabkan untuk menjalankan operasi secara berdikari yang mana segala kos seperti gaji kakitangan, penyelenggaraan alat-alat ganti, diesel dan lain-lain ditanggung oleh PKL.

  Pusat Kejenteraan Ladang dibahagikan kepada dua, iaitu satu untuk setiap tebing sungai Kelantan. Untuk kawasan tebing barat sungai Kelantan. Pusat Kejenteraan Ladang ditempatkan di Kasar dengan dikenali sebagai Pusat Kejenteraan Ladang Kasar (PKL Kasa) manakala untuk kawasan tebing timur Sungai Kelantan ditempatkan di Melor dan dikenali sebagai Pusat Kejenteraan Ladang Melor (PKL Melor).

  Setiap PKL diketuai oleh seorang Pengurus yang bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan Mekanisasi Ladang, Bahagian Kejuruteraan Mekanikal.

  2. OBJEKTIF PKL

  1. Menyediakan sebahagian daripada keperluan perkhidmatan kejenteraan ladang kepada petani dengan cekap.

  2. Menggalakkan penggunaan jentera ladang secara meluas dengan kos yang berpatutan kepada petani.

  

3. Mendapatkan pendapatan yang maksima bagi membiayai kos pengurusan

dan penyenggaraan.

4. FUNGSI UTAMA PKL

  1. Mendapatkan tempahan perkhidmatan daripada PPK atau terus daripada petani.

  2. Menyediakan jadual operasi tenggala dan menuai selaras dengan kehendak petani.

  3. Mengawasi operator-operator membuat penyenggaraan berjadual ke atas jentera.

  4. Mengawasi kerja-kerja tenggala dan menuai dibendang supaya pergerakan traktor dan jentuai dapat dioptimakan.

  5. Menyelaras kerja-kerja tenggala dan menuai dengan wakil supaya upah dapat dikutip pada masanya serta menyelesaikan masalah bayaran tertunggak.

  6. Mengatur dan menjalankan program penyelenggaraan dan pembaikian keatas Jentuai dan impliment supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

  7. Merekod segala urusniaga dengan betul supaya analisa untung/ rugi dapat dibuat berakhir tahun kewangan PKL.

5. AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA

  5.1 Aktiviti Operasi

  5.1.1 Perkhidmatan dibuat melalui dua kaedah iaitu :

  5.1.1.1 Melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

  5.1.1.2 Terus kepada pelanggan (petani) samaada secara Deposit atau Tunai dengan terlebih dahulu melantik wakil bagi menguruskan hal-hal diperingkat bendang serta kutipan bayaran. Keutamaan diberi kepada kawasan-kawasan yang mempunyai rekod bayaran yang baik.

  5.1.2 Semua kerja tenggala hendaklah didahului dengan tempahan kerja.

  5.1.3 Kerja-kerja tenggala hanya boleh dilaksanakan setelah menerima wang pendahuluan atau pengesahan dari Jabatan Pembiaya atau PTK.

  5.1.4 Setiap terimaan kewangan hendaklah dikeluarkan resit rasmi kerajaan Malaysia.

  5.2 Aktiviti Penyenggaraan Jentera Dan Kelengkapan Pertanian

  5.2.1 Setiap laporan kerosakan keatas hendaklah di segerakan penyenggaraannya.

  5.2.2 Penyenggaraan hendaklah diusahakan secara jabatan.

  5.2.3 Perkhidmatan penyenggaraan luar hanya boleh dibuat apabila ianya tidak boleh dilaksanakan atas sebab peralatan jabatan tiada atau tidak lengkap atau tiada kemahiran atau tenaga pekerja tidak mencukupi.

  5.2.4 Peruntukan penyenggaraan hendaklah mencukupi sebelum penyenggaraan dibuat keatas jentera.

  5.2.5 Setiap perolehan bahan atau perkhidmatan bagi tujuan penyenggaraan hendaklah didahului dengan RIV atau Indent kerja.

  5.2.6 Tatacara perolehan hendaklah mematuhi arahan Perbendaharaan Malaysia dalam setiap perolehan.

  5.3 Aktiviti Pengurusan Alat ganti 5.3.1 Pemesanan alat ganti melalui RIV.

  5.3.2 Pengenalan alat ganti menggunakan nombor sebagaimana terdepat dalam katalog alat ganti jentera dan menggunakan kaedah ‘as per sample’ sekiranya tiada nombor rujukan.

  5.3.3 Penggunaan alat ganti tulen sahaja bagi memastikan jentera disenggara dengan betul dan sebaik mungkin.

  5.3.4 Pembekal alat ganti daripada agen dan mempunyai dokumen lantikkan yang sah daripada pengedar utama.

  5.3.5 Perolehan alat ganti dibuat mengikut tatacara stor terkini.

  5.3.6 Alat ganti jentera yang susah atau mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan perlu disimpan stok.

  5.3.7 Paras stok sentiasa berada pada tahap tidak kurang daripada tahap minima bagi menjamin kesinambungan penyenggaraan.

  5.4. Aktiviti Pengurusan Kewangan

  5.4.1 Setiap terimaan kewangan PKL hendaklah dikeluarkan resit rasmi kerajaan Malaysia dan dimasukkan ke bank.

  5.4.2 Terimaan dan pembayaran yang berlaku hendaklah direkodkan didalam buku aliran tunai dan ledger siberhutang/sipiutang.

  5.4.3 Pembayaran hanya boleh dibuat melalui baucer bayaran yang disahkan.

  5.4.4 Akaun pembelajaran dan pendapatan ditutup setiap bulan melalui lapuran terimaan dan bayaran bulanan PKL.

  5.4.5 Permohonan penggunaan daripada tabung Jentera Ladang dibuat melalui Pengarah Bahagian Kejuruteraan Mekanikal.

  5.5 Aktiviti Pentadbiran Kakitangan

  5.5.1 Permohonan cuti rehat dibuat selewat-lewatnya lima hari sebelum tarikh mula cuti.

  5.5.2 Menyokong permohonan cuti kakitangan PKL untuk kelulusan PBME.

  5.5.3 Kerja lebih masa hanya dibuat dalam keadaan mustahak sahaja dan perlu mendapat kelulusan PBME terlebih dahulu.

  5.5.4 Tuntutan elaun lebih masa dan elaun perbatuan dihantar selewat-lewatnya pada 5 haribulan bulan berikutnya.

  5.5.5 Elaun lebih masa melebihi 1/3 gaji pokok perlu disertakan dengan surat kelulusan Pengurus Besar.

  5.5.6 Tuntutan perbatuan dihadkan mengikut gred penjawat sebagaimana pekeliling kewangan KADA.

  5.6 Aktiviti Pelupusan Aset

  5.6.1 Penilaian penggunaan bagi tujuan pelupusan sesuatu aset adalah berdasarkan kepada kos penyenggaraan berbanding dengan nilai semasa.

  5.6.2 Apabila sesuatu aset telah dikenal pasti tidak berekonomik untuk dikendali, sijil BER perlu diisi dengan lengkap untuk pengesahan PBME dan cadangan pelupusan diangkat ke Pengurus Besar.

  5.7 Aktiviti Penyediaan Laporan

  5.7.1 Laporan bulanan aktiviti cawangan disiapkan dalam minggu pertama bulan berikutnya.

  5.7.2 Laporan berjadual lain perlu dibuat apabila diminta oleh urusetia laporan bahagian.

  5.7.3 Laporan penilaian prestasi tahunan kakitangan bawahan dinilai pertama atau kedua mengikut gred penjawat dan disiapkan sepertimana tarikh yang

  6.0 PROSES KERJA

  6.1 AKTIVITI OPERASI BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/ DIRUJUK

  1. Terima tempahan tenggala/ menuai

  2. Membuat anggaran nilai kerja dan menetapkan jumlah bayaran.

  3. Menerima laporan lawatan tapak operasi.

  4. Meluluskan permohonan.

  5. Menetapkan keperluan jentera dan tarikh operasi.

  6. Membuat pemantauan keatas kerja tenggala/ menuai.

  

6.2 PROSES KERJA PENYENGGARAAN JENTERA DAN KELENGKAPAN

PERTANIAN

BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/ DIRUJUK

  1. Memastikan peruntukan untuk kerja Ketua Cawangan Mekanisasi Ladang penyenggaraan mencukupi.

  2. Menentukan kerja-kerja untuk tindakan serta merta.

  3. Memantau kerja penyenggaraan di bengkel dan juga dilapangan.

  4. Menerima laporan status penyenggaraan daripada juruteknik.

  5. Meluluskan permohonan keperluan

6.3 AKTIVITI DAN PEROLEHAN BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/ DIRUJUK

  1. Meluluskan permohonan baucer pesanan barangan (RIV)

  2. Meluluskan pembelian alatganti melalui pesanan tempatan.

  3. Meluluskan permohonan keperluan pembaikian di woksyop luar.

  4. Meluluskan Indent Kerja.

6.4 AKTIVITI PENGURUSAN KEWANGAN BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN / DIRUJUK

  1. Mengesah terimaan kewangan 2. Mengesahkan laporan penyata pemungut.

  3. Meluluskan ‘ Indent’ dan pesanan tempatan.

  4. Meluluskan baucer pembayaran.

  5. Menyemak laporan kewangan.

6.5 PROSES KERJA PENTADBIRAN KAKITANGAN BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/DIRUJUK

  1. Menyokong cuti kakitangan

  2. Meluluskan tuntutan elaun lebihmasa

  3. Menyediakan surat permohonan kerja lebihmasa dan perjalanan yang melebihi had yang KADA telah tetapkan.

  4. Menyokong tuntutan elaun perbatuan kakitangan.

6.6 PROSES KERJA PELUPUSAN ASET BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/ DIRUJUK

  1. Mengenalpasti aset yang hendak dilupus

  2. Menyediakan sijil BER aset yang dilupus Ketua Cawangan Mekanisasi Ladang

  3. Menyediakn surat cadangan pelupusan Ketua Cawangan Mekanisasi aset kepada Pengurus Besar Ladang

6.7 PROSES KERJA PENYEDIAAN LAPORAN BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG MELULUSKAN/ DIRUJUK

  1. Menerima maklumat J17 untuk laporan bulanan dan senggaraan.

  2. Menyediakan laporan kemajuan PKL Ketua Cawangan Mekanisasi Ladang

7.0 CARTA ALIR PERKHIDMATAN TENGGALA PUSAT KEJ. LADANG

  PPK/Ladang Petani Merdeka

  Pengurus terima borang tempahan daripada petani/ tawaran drp. institusi Penilain dan perbincangan dengan pemohon

  Tidak Maklum kepada

   Lulus ? pelanggan Ya

  Sebutharga? Dapat

  Deposit Urusan dengan individu sahaja Ya J22 (O) terima wang deposit dan keluar resit rasmi. Berjaya Kew. 38 – Pind. 2/86 Tidak

  Berjaya N22 rekod tranksaksi kedalam lejar dan terima salinan resit dan wang deposit.

  J22 (O) beri taklimat dan agih kerja

  Mula

  N22 rekod KKT dalam komputer

Di bawah pengurusan maklumat trektor

LKKT - F

Dokumen baru