PERSEPSI GURU TERHADAP CIRI CIRI INOVASI

 0  0  11  2018-10-02 09:41:52 Laporkan dokumen yang dilanggar

  

PERSEPSI GURU TERHADAP CIRI-CIRI INOVASI VLEFROG

DI SEKOLAH DI WP KUALA LUMPUR, WP PUTRAJAYA DAN NEGERI

SELANGOR

  Shahfiezul Shahaimi Kementerian Pendidikan Malaysia shahfiezul135@gmail.com

  Fariza Khalid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia fariza.khalid@ukm.edu.my

  ABSTRAK

  Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru melalui kewujudan ciri-ciri inovasi yang terdapat di dalam aplikasi VLEFROG. Selain itu kajian ini juga akan mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi

  VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan pengalaman mengajar guru. Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 416 orang guru terdiri daripada 17 buah sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Selangor dijadikan sebagai sampel kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian statistik IBM SPSS Versi 23.0. Terdapat lima aspek ciri- ciri inovasi VLEFROG yang dikaji iaitu melalui aspek kelebihan relatif, aspek keserasian, aspek boleh dicuba uji, aspek boleh diperhatikan dan aspek kerumitan. Kesemua aspek ini akan mengukur persepsi guru terhadap penggunaan aplikasi VLEFROG dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi aplikasi VLEFROG ini adalah di tahap sederhana. Aspek kelebihan relatif, aspek keserasian, aspek boleh dicuba uji dan aspek kerumitan mendapat skor min pada tahap sederhana. Hanya aspek boleh diperhatikan mendapat skor min pada tahap tinggi. Untuk analisis ujian perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi berdasarkan kelulusan akademik guru pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik. Manakala perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG berdasarkan pengalaman mengajar pula menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan.

  Kata Kunci : VLEFROG, Ciri-Ciri Inovasi, Teori Difusi Inovasi PENGENALAN

  Transformasi pendidikan seperti yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 baru sahaja selesai pelaksanaannya melalui Gelombang 1 (2013-2015) yang lebih memfokus kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan dengan tumpuan kepada kemahiran asas. Kini Gelombang 2 (2016- 2020) di teruskan dengan fokus utamanya mempercepatkan penambahbaikan dalam sistem pendidikan. Berdasarkan 11 anjakan yang diperkenalkan dalam PPPM, salah satu darinya iaitu anjakan yang ke tujuh adalah dengan memanfaatkan ICT dengan meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Ini memperjelaskan pada kita betapa pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam mengubah corak sistem pendidikan negara.

  Melalui projek 1Bestarinet iaitu antara usaha sama YTL Communication dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambah baik sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan persekitaran pembelajaran maya (VLEFROG) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Maka melalui Gelombang 2 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi fokus kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid dengan melaksanakan inovasi ICT secara berterusan. Ini bagi memastikan jurang berbezaan kapasiti keperluan ICT dalam pembelajaran di sekolah kawasan luar bandar dapat dikecilkan dan ini secara tidak langsung melancarkan proses pembelajaran VLEFROG di sekolah-sekolah tersebut serata seluruh Malaysia

  Untuk memetik artikel ini:

Shahaimi, S. & Khalid, F. (2017). Persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi vlefrog di sekolah di wp kuala lumpur, wp putrajaya dan negeri

selangor. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

  Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLEFROG)

  Pembelajaran tanpa sempadan amat sinonim dengan sistem pendidikan masa kini. Keperluan mencari ilmu bukan sahaja terletak pada satu tempat malah boleh berlaku di mana sahaja di seluruh dunia pada bila-bila masa. Menurut Rheingold (2004) sesuatu persekitaran berkonsepkan pembelajaran maya dibina untuk menghubungkan ahli-ahlinya agar dapat berbincang malah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan dengan syarat setiap ahli tersebut perlu mempunyai akses kepada talian internet. Menurut Norazilawati et. al (2013) mahu atau tidak, kebergantungan pembelajaran secara maya ini harus disertakan dengan akses internet agar setiap ahli komuniti maya yang terlibat secara aktif dalam persekitaran pembelajaran maya ini akan dapat berkongsi dan bertukar-tukar pandangan serta pendapat berkenaan tugasan masing-masing.

  Di bawah projek 1Bestarinet ini, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu

  

Frog Virtual Learning Environment (VLEFROG) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Persekitaran

  Pembelajaran Maya Frog (VLEFROG) merupakan satu sistem pembelajaran yang berasaskan web. Kaedah pembelajaran ini menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pembelajaran konvensional dengan kaedah maya. VLEFROG ini diistilahkan sebagai intranet, pembelajaran bilik darjah online dan juga ruang sosial untuk sekolah berhubung hanya di dalam satu bumbung (FrogAsia 2014).

  Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG

  Inovasi boleh diistilahkan sebagai satu penemuan baru yang berbeza dari yang sedia ada atau yang sudah dikenali sebelum ini. Menurut Jacobs dan Snijders (2008) inovasi merupakan satu perubahan yang berlaku kepada nilai tambah sesuatu produk. Manakala menurut Hartley (2006) pula menyatakan bahawa inovasi merupakan suatu hasil pembangunan yang berjaya diimplimentasi dan ditambah baik terhadap produk, proses dan juga perkhidmatan.

  Melalui perspektif sistem pendidikan masa kini, persekitaran pembelajaran maya merupakan antara agenda utama yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempersiapkan generasi masa kini ke arah abad ke 21. Sistem pembelajaran ini dianggap sebagai inovasi baru dengan memperkenalkan murid dan guru kepada pembelajaran secara konvensional kepada pembelajaran berbentuk maya. Platform pembelajaran yang terkandung di dalam VLEFROG merupakan yang terbaik yang dapat disediakan oleh YTL Communication selaku pembangun kepada sistem pembelajaran ini.

  Dalam kajian Noraini et. al (2013) telah melihat sumbangan attribut atau ciri-ciri inovasi terhadap teknologi EduWebTV. Melalui analisis kajian tersebut menunjukkan bahawa guru yang mempunyai persepsi berguna dan persepsi mudah guna positif terhadap inovasi teknologi, maka individu ini lebih bersedia menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka di sekolah. Berdasarkan dapatan kajian itu, persepsi berguna memberi sumbangan paling besar iaitu sebanyak 14.5 % dan diikuti oleh persepsi mudah guna yang menyumbang sebanyak 2.2%.Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian terdahulu bahawa persepsi berguna dalam penggunaan sistem mempunyai kesan positif terhadap sikap guru dalam penerimaan web (Noraini et al 2012, Gong et al. 2004; Abdul Hadi et al.

  2010), komputer (Hu et al. 2003), pembelajaran atas talian (Saade & Bahli 2005) dan pengajaran menggunakan blog (Lai & Chen 2011). Manakala Fariza (2007) hasil kajiannya terhadap penggunaan komputer oleh guru telah menunjukkan terdapat satu kondisi lain yang berbeza dari lapan kodisi Ely yang telah dikemukakan respondennya. Kondisi tersebut berkaitan attribut atau ciri berkaitan komputer, mudah disimpan, menarik minat pelajar serta menjadikan pengajaran lebih berkesan. Innovation characteristics atau ciri-ciri inovasi yang dinyatakan Rogers (2003) telah menyatakan bahawa antara elemen yang mempengaruhi tahap persepsi dan tahap penggunaan sesuatu inovasi adalah melalui ciri-ciri inovasi itu sendiri. Menurut Rogers (2003) penerimaan dan penolakan sesuatu inovasi itu adalah bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh individu atau pengguna dalam menerima inovasi tersebut. Persepsi guru selaku pengguna kepada

  VLEFROG ini memainkan peranan penting dalam membuat keputusan sama ada menerima atau menolak sistem inovasi baru ini. Rogers (2003:5) pula mentakrifkan terdapat beberapa ciri-ciri intrinsik inovasi yang mempengaruhi keputusan seseorang individu untuk menerima pakai atau menolak inovasi. Attribut atau ciri-ciri tersebut boleh di lihat melalui Rajah 1 di bawah.

  Gambar rajah 1. Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG Menurut Rogers (2003) di dalam kajiannya menyatakan kemungkinan bahawa satu inovasi akan diguna pakai bergantung pada ciri-ciri yang terdapat pada tahap persuasi. Lima ciri yang dinyatakan oleh Rogers (2003) adalah (a) Kelebihan relatif (relative advantage) iaitu adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai lebih baik daripada idea inovasi yang akan menggantikannya, (b) Keserasian (compatibility) adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai konsisten dengan nilai-nilai yang sedia ada, pengalaman lepas pengguna dan kesesuaian terhadap keperluan penerima, (c) Kerumitan (complexity) iaitu adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai sukar untuk difahami dan diguna pakai. (d) Dicuba guna (trialability) adalah sejauh mana inovasi boleh di cuba uji. (e) Mudah diperhatikan (observability) iaitu adalah sejauh mana hasil inovasi yang dilihat oleh orang lain. Semakin mudah inovasi tersebut untuk individu melihat hasil inovasi, semakin besar kemungkinan pengguna untuk menerimanya. Sepanjang empat tahun pelaksanaan VLEFROG ini, terdapat pelbagai isu yang telah diutarakan oleh penggunanya iaitu guru, murid, ibu bapa dan pentadbir sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap kelemahan dan kekangan yang dihadapi sepanjang pelaksanaan VLEFROG ini. Proses penambahbaikan sedang dijalankan berperingkat-peringkat dan yang terkini bagi menggalakkan penggunaan VLEFROG ini di kalangan guru maka KPM telah melancarkan program Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) kepada 2500 buah sekolah perintis seluruh Malaysia. Seorang wakil guru muda dari sekolah tersebut akan diberi pendedahan berkaitan VLEFROG dan akan menjadi pakar rujuk apabila selesai berkursus untuk guru sekolah mereka. Guru berperanan penting sebagai penggerak utama kepada kejayaan sistem pembelajaran persekitaran maya ini. Guru masa kini adalah guru berpengetahuan tinggi di samping mempunyai pelbagai latar belakang kelulusan akademik. Guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ini dijangkakan mampu mengintegrasikan pembelajaran maya dalam persekitaran sebenar pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun Fariza (2007) telah menyatakan bahawa kekerapan guru menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah bergantung pada pengalaman mengajar mereka. Manakala Othman dan Lukman (2011) guru yang lebih muda mempunyai minat yang lebih tinggi terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian lepas berkaitan VLEFROG menyorot pelbagai aspek antaranya berfokus kepada tahap penggunaan

  VLEFROG dalam kalangan guru ( Hasnuddin et al 2015 ; Ummu Salma 2014; Ida Norini, 2013) , persepsi guru terhadap penggunaan VLEFROG (Ana Haziqah 2014; Nurul Farhana 2013; Aman Shah 2013) serta melihat kepada faktor kekangan atau penghalang kepada pelaksanaan VLEFROG (Norazilawati et al. 2014; Nurul Farhana 2013; Nurul Juzailah 2013). Namun demikian, elemen-elemen yang terlibat dalam kajian-kajian lepas dilihat hanya menyentuh beberapa pecahan kecil daripada faktor keseluruhan yang boleh menyumbang kepada inovasi teknologi VLEFROG. Untuk memastikan pelaksanaan yang lebih menyeluruh terhadap inovasi pembelajaran persekitaran maya ini, maka banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Antaranya attribut atau ciri-ciri inovasi yang terdapat pada aplikasi

  VLEFROG ini boleh dijadikan kajian (Rogers 2003). Berdasarkan kepada ciri-ciri inovasi yang terdapat pada aplikasi ini akan dijadikan kayu ukur untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan VLEFROG dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti sejauh mana wujudnya ciri-ciri inovasi pada aplikasi VLEFROG yang boleh mempengaruhi penggunanya. Kajian ini turut mengkaji perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi berdasarkan kelulusan akademik dan juga pengalaman mengajar.

  METODOLOGI

  Kajian secara deskriptif dan inferensi ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Instrumen kajian dengan menggunakan skala likert lima mata ( 1- Sangat Tidak Setuju (STS), 2- Tidak Setuju (TS), 3- Kurang Setuju (KS), 4- Setuju (S), 5- Sangat Setuju (SS) ) telah digunakan. Kajian ini melibatkan 416 orang guru dari 17 buah sekolah di 3 buah negeri iaitu di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Selangor yang terlibat secara langsung dalam Program Guru Muda 1 Malaysia. Pemilihan sekolah dipilih menggunakan secara rawak berstrata berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).

  Data yang diperolehi hasil dari soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS versi 23.0 dengan menggunakan analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratus dan min untuk mengukur ciri-ciri inovasi VLEFROG. Manakala bagi analisis inferensi pula, Ujian ANOVA sehala telah digunakan. Tahap interpretasi bagi setiap skor min diukur melalui Jadual 1 di bawah.

  Jadual 1 Interpretasi Skor Min Julat Interpretasi skor min 1.00 – 2.34 Rendah

  2.35 Sederhana

  • – 3.67 3.68 – 5.00 Tinggi Sumber : Hamzah (2001)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

  Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan kepada objektif kajian iaitu mengenal pasti sejauh mana wujudnya ciri-ciri inovasi pada aplikasi VLEFROG yang boleh mempengaruhi guru dan melihat perbezaan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi yang ada pada aplikasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan pengalaman mengajar guru.

  Analisis Deskriptif Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Yang Ada Di Dalam Aplikasi VLEFROG

  Jadual 2 Tahap persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG Frekuensi (N)

  Bil Item ( Peratus % ) Min SP STS TS KS S SS

ASPEK KELEBIHAN RELATIF 1.

  VLEFROG menjimatkan masa saya

  19 60 140 188

  9 3.26 .89 dalam menjalankan P&P (4.6%) (14.4%) (33.7%) (45.2%) (2.2%)

  2. VLEFROG menjadikan pengajaran saya

  8 52 136 200

  20 3.41 .84 lebih berkesan. (1.9%) (12.5) (32.7%) (48.1%) (4.8%)

  3. VLEFROG memudahkan saya

  9 53 161 175

  18 3.34 .83 berkomunikasi dengan pelajar. (2.2%) (12.7%) (38.7% (42.1%) (4.3%)

  4. VLEFROG adalah cara yang cepat

  9 54 116 215

  22 3.45 .86 untuk saya mencari bahan maklumat (2.2%) (13.0%) (27.9%) (51.7%) (5.3%) pengajaran

ASPEK KESERASIAN

  5. Saya boleh menerima email dari pelajar

  11 58 126 204

  17 3.38 .87 dengan mudah. (2.6%) (13.9%) (30.3%) (57.7%) (4.6%)

  6. Saya sentiasa bersedia mengambil

  4 39 114 240

  19 3.56 .77 bahagian dalam perbincangan melalui (1.0%) (9.4%) (27.4%) (57.4%) (4.6%)

  VLEFROG 7.

  VLEFROG adalah platform yang mudah

  4 53 155 186

  18 3.39 .80 untuk saya aplikasikan dengan cara kerja (1.0%) (12.7%) (37.3%) (44.7%) (4.3%) saya.

  8. Penggunaan

  VLEFROG telah

  11 52 156 178

  19 3.34 .85 meningkatkan penguasaan saya terhadap (2.6%) (12.5%) (37.5%) (42.8%) (4.6%) mata pelajaran yang diajar.

ASPEK BOLEH DICUBA UJI

  9. Saya tidak bimbang melakukan

  3 26 123 231

  33

  3.64

  75 kesalahan sekiranya saya klik pada (0.7%) (6.3%) (29.6%) (55.5%) (7.9%) mana-mana item yang salah apabila menggunakan VLEFROG

  10. Saya boleh berlatih menggunakan

  2

  18 85 275

  36 3.78 .68

  VLEFROG mengikut kadar kebolehan (0.5%) (4.3%) (20.4%) (66.1%) (8.7%) saya sendiri.

  11. VLEFROG adalah platform yang mudah

  7 38 122 227

  22 3.53 .80 untuk dicuba. (1.7%) (9.1%) (29.3%) (54.6%) (5.3%)

  12. Saya tidak teragak-agak untuk

  3 26 110 246

  31 3.66 .74 menggunakan

  VLEFROG walaupun (0.7%) (6.3%) (26.4%) (59.1%) (7.5%) mungkin saya melakukan kesilapan.

ASPEK BOLEH DIPERHATIKAN

  13. Saya telah melihat guru lain di sekolah

  2

  16 71 274

  53 3.87 .69 saya menggunakan VLEFROG. (0.5%) (3.8%) (17.1%) (65.9%) (12.7%)

  14. Saya telah melihat guru dari sekolah lain

  11 48 111 206

  40 3.52 .92 menggunakan VLEFROG (2.5%) (11.5%) (26.7%) (49.5%) (9.6%)

  15. Saya telah melihat cara menggunakan

  16 46 107 215

  32 3.48 .93

  VLEFROG oleh pengguna lain di You (3.8%) (11.1%) (25.7%) (51.7%) (7.7%)

  Tube.

  16. Saya menyedari bahawa VLEFROG

  6

  11 65 261

  73 3.92 .75 telah digunakan di sekolah-sekolah di (1.4%) (2.6%) (15.6%) (62.7%) (17.5%) Malaysia.

ASPEK KERUMITAN 17.

  VLEFROG adalah mesra pengguna

  22 47 173 158

  16 3.24 .90 (5.3%) (11.3%) (41.6%) (38.0%) (3.8%)

  18. Mengendalikan VLEFROG dalam P&P

  17 57 160 170

  12 3.25 .88 tidak mengecewakan saya (4.1%) (13.7%) (38.5%) (40.9%) (2.9%)

  19. Saya yakin dengan keupayaan saya

  3 42 155 201

  15 3.44 .75 mengendalikan VLEFROG. (0.7%) (10.1%) (37.3%) (48.3%) (3.6%)

  20. Apabila menggunakan VLEFROG saya

  14 51 148 190

  13 3.33 .86 dapati ia sangat mudah dikendalikan dari (3.4%) (12.3%) (35.6%) (45.7%) (3.1%) satu paparan kepada paparan yang lain.

  Jadual 2 adalah merupakan analisis dan data keputusan tahap persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi yang ada pada aplikasi VLEFROG. Terdapat lima aspek ciri inovasi yang dilihat merangkumi 20 item soal selidik keseluruhan. Lima aspek tersebut terdiri daripada aspek kelebihan relatif (4 item), aspek keserasian (4 item), aspek boleh dicuba uji (4 item), aspek boleh diperhatikan (4 item) dan aspek kerumitan (4 item).

  Berdasarkan aspek kelebihan relatif menunjukkan bahawa keempat-empat item yang terdapat di dalam aspek ini berada pada tahap sederhana dengan skor min antara 3.26 -3.45. Item bernombor 1 mendapat nilai skor min paling rendah di mana lebih 50% guru menyatakan VLEFROG tidak menjimatkan masa dalam menjalankan PdP mereka. Ini kerana guru-guru yang mengajar di dalam kelas kerapkali menghadapi masalah dan mengambil masa yang lama untuk memasang LCD dan laptop pada troli yang disediakan di dalam kelas. Menurut Rohani (2011) kurangnya masa dalam jadual pengajaran sekolah untuk guru menggunakan kemudahan teknologi. Batasan waktu yang dikatakan termasuklah dari segi persiapan peralatan teknologi sebelum proses pembelajaran bermula. Ini pastinya mengambil masa kerana guru tidak begitu mahir mengendalikan peralatan tersebut Selain itu jika berlaku kerosakan atau kesulitan kecil, guru memerlukan bantuan juruteknik dan hal ini mengganggu tempoh pengajaran mereka. Pendapat ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan Norazilawati (2013) yang mana menurut beliau guru telah diberi kemudahan dan latihan namun tidak semua guru selesa menjalankannya di sebabkan kekangan masa mengurusnya. Namun kelebihan yang dapat dilihat di sini adalah hampir separuh daripada guru-guru ini menyatakan persetujuan bahawa VLEFROG ini adalah cara yang cepat untuk mencari bahan maklumat pengajaran. Ini kerana beberapa aplikasi yang tersedia ada di dalam platform VLEFROG ini antaranya

  

widget sites dan widget pin point dapat membantu guru berkongsi laman pembelajaran dari guru-guru lain untuk

mengajar.

  Aspek keserasian pula menunjukkan bahawa kesemua empat item tersebut berada pada tahap sederhana dengan skor min antara 3.34-3.56 di mana seramai 259 orang guru daripada 416 guru keseluruhan iaitu hampir 63% guru menyatakan setuju bahawa mereka bersedia mengambil bahagian dalam perbincangan melalui VLEFROG. Ini menunjukkan pada kita bahawa guru mampu mempertingkatkan kemahiran profesionalisme mereka jika itu kaedah atau cara terbaik untuk mereka menarik minat murid agar faham untuk terus belajar. Ini bermakna kebanyakan guru tidak kisah jika sebarang perbincangan dijalankan melalui forum atau email sebagai medium komunikasi mereka. Guru boleh berinteraksi dalam alam maya bersama murid-murid menerusi forum jika mereka ada kemusykilan berkaitan pembelajaran mereka. Ini selari dengan pendapat yang diutarakan oleh Mohd. Aizuddin (2013) iaitu dalam kajian beliau tentang peningkatan profesionalisme guru dalam penggunaan VLEFROG mendapati, guru yang menguasai penggunaan VLEFROG akan lebih mudah dalam mengendalikan aktiviti PdP mereka. Maklumat atau isi kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan cepat dan lebih sistematik. Ini secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme seseorang guru. Ini akan menggalakkan penggunaan yang optimum dalam kalangan guru-guru dan murid.

  Manakala melalui aspek boleh dicuba uji pula menunjukkan bahawa skor min keseluruhan masih di tahap sederhana namun terdapat peningkatan skor min antara 3.53-3.56 untuk tiga item di tahap sederhana. Namun melalui aspek boleh dicuba uji ini terdapat satu item yang menunjukkan skor min pada tahap tinggi iaitu item bernombor 10 dengan skor min (M=3.78, SP=.68). Berdasarkan pada item tersebut menunjukkan bahawa guru-guru selesa untuk menggunakan aplikasi VLEFROG ini mengikut kadar kebolehan diri mereka sendiri. Walaupun guru-guru ini bersedia mencuba sesuatu yang baru namun persepsi mereka terhadap VLEFROG ini yang menyatakan bahawa platform ini bukanlah sebuah platform pembelajaran yang mudah untuk dikendalikan menunjukkan bahawa guru- guru ini masih perlu diberi pendedahan sama ada melalui kursus berkaitan VLEFROG. Dapatan ini dilihat selaras dengan dapatan Azmi (2013) yang mana menurut beliau jika guru terus diberi pendedahan melalui kursus-kursus berkaitan VLEFROG maka ia secara tidak langsung dapat memotivasi, merangsang minat guru dan memberi inspirasi pada guru tersebut untuk terus meningkatkan kemahiran mereka menggunakan platform ini dengan lebih berkesan.

  Untuk aspek boleh diperhatikan pula menunjukkan bahawa item bernombor 14 dan 15 memperoleh skor min pada tahap sederhana iaitu masing-masing (M=3.52, SP=.92) dan (M=3.48, SP=.93). Melalui aspek ini dapat dikenal pasti bahawa walaupun guru-guru kurang menggunakan aplikasi VLEFROG ini namun mereka lebih berminat memerhati rakan guru lain menggunakannya terlebih dahulu sebelum mereka betul-betul bersedia menggunakannya. Selain itu seramai 52% guru menjadikan laman You Tube sebagai sumber rujukan untuk mencari maklumat berkaitan

  VLEFROG terutamanya yang membabitkan cara-cara atau langkah menghasilkan laman pembelajaran. Ini kerana terdapat banyak video tutorial yang dapat membantu guru dan murid menerangkan cara menguruskan aplikasi

  VLEFROG mereka. Aspek kerumitan pula menunjukkan bahawa skor min untuk keempat-empat item adalah yang paling rendah diperolehi. Keseluruhan skor min untuk keempat-empat item tersebut adalah antara 3.24-3.44. Melalui aspek ini hampir majoriti berpendapat bahawa platform VLEFROG adalah bukan sebuah platform yang mesra pengguna. Ini mungkin disebabkan paparan awal sebelum pengguna log masuk ke dalam akaun mereka memerlukan beberapa langkah untuk diakses. Selain itu paparan yang pelbagai ikon di dalam platform VLEFROG ini mungkin mengelirukan sesetengah penggunanya terutama yang beginner. Di sebabkan itu, hampir 57% guru menyatakan kecewa terhadap kerumitan yang mereka hadapi sepanjang menggunakan platform aplikasi VLEFROG ini.

  Jadual 3. Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Ciri-Ciri Inovasi Pada Aplikasi VLEFROG Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG Min Sisihan Interpretasi

  Piawai Aspek Kelebihan Relatif 3.36 .77 Sederhana Aspek Keserasian 3.41 .68 Sederhana Aspek Boleh dicuba uji 3.65 .62 Sederhana Aspek Boleh diperhatikan 3.70 .64 Tinggi Aspek Kerumitan 3.31 .72 Sederhana

  Keseluruhan 3.35 .55 Sederhana Berdasarkan kelima-lima aspek tersebut dapat disimpulkan bahawa penerimaan guru terhadap ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi VLEFROG masih di tahap sederhana dengan skor min keseluruhan (M= 3.35, SP=.55). Namun melalui aspek boleh diperhatikan telah menunjukkan kepada kita bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah ini amat minat untuk mengetahui berkaitan VLEFROG tidak kira sama ada ketika mereka memerhati guru lain menggunakannya ataupun mencari sendiri tutorial di laman You Tube. Ini kerana berdasarkan analisis terhadap aspek boleh diperhatikan ini menunjukkan seramai 80% guru telah tahu bahawa berdasarkan pemerhatian mereka, VLEFROG ini telah digunakan di dalam PdP di sekolah-sekolah di Malaysia. Persepsi guru yang masih menganggap pembelajaran berkonsepkan maya ini adalah sebagai satu kaedah yang kurang berkesan dilihat selari dengan kajian Norazilawati (2013) di mana berdasarkan kajian beliau menerusi temu ramah menunjukkan bahawa hampir kesemua responden beliau menyatakan bahawa pendekatan berkonsepkan konvensional atau pembelajaran secara bersemuka menerusi chalk and talk adalah lebih baik dan selesa kerana mereka merasakan penyampaian isi kandungan pengajaran lebih bermakna dan lebih mudah difahami murid. Secara keseluruhannya persepsi guru berdasarkan kewujudan ciri-ciri inovasi VLEFROG telah menunjukkan bahawa guru masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan sistem pembelajaran yang diperkenalkan ini. Ia selari dengan apa yang diperkatakan oleh Norazilawati (2013) di mana guru tidak menganggap pembelajaran

  VLEFROG ini sebagai satu keutamaan atau prioriti guru untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

  

Perbezaan Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG Berdasarkan Kelulusan Akademik dan

Pengalaman Mengajar.

  Analisis ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa guru yang mempunyai kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda merupakan majoriti yang terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 347 orang responden dengan nilai skor (M=3.36, SP=.54)( Jadual 4.). Manakala guru yang berkelulusan Sarjana seramai 35 orang responden dengan nilai skor min (M=3.46, SP=.50) dan guru yang berkelulusan Diploma seramai 32 orang responden dengan nilai skor min (M=3.11, SP=.69). Manakala guru yang mempunyai kelayakan akademik PhD pula seramai 2 orang responden dengan nilai skor min paling tinggi iaitu (M=4.19, SP=.56).

  Jadual 4 Min dan Sisihan Piawai Tahap Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi pada Aplikasi VLEFROG Berdasarkan Kelulusan Akademik

  Kelulusan Akademik N Min SP Diploma

  32 3.11 .69 Ijazah Sarjana Muda 347 3.36 .54 Ijazah Sarjana

  35 3.46 .50 PhD

  2 4.19 .56 Jumlah 416 3.53 .57

  Berdasarkan jadual 5 di bawah, hasil keputusan analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi aplikasi VLEFROG F (3, 412) = 4.064, p < 0.05) berdasarkan kelulusan akademik guru.

  Jadual 5. Ujian ANOVA Perbandingan Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan Kelulusan Akademik

  Perbandingan persepsi guru Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Signifikan terhadap ciri-ciri VLERROG Kuasa Kebebasan Dua berdasarkan Kelulusan Dua Akademik Antara Kumpulan 3.672 3 1.224 4.064 .007 Dalam Kumpulan 124.087 412 .301 JUMLAH 127.759 415

  • Signifikan pada aras p < 0.05 Berdasarkan Jadual 6 di bawah, perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey menunjukkan guru yang mempunyai kelulusan akademik Diploma (M = 1.50, SP = .43) berbeza secara signifikan daripada guru yang mempunyai kelulusan akademik ijazah sarjana muda (M = 1.65, SP = .43), sarjana (M = 1.80, SP = .35) dan PhD (M = 1.50, SP = .24).

  Jadual 6 Post Hoc Perbezaan yang Signifikan Persepsi Guru terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan Kelulusan Akademik

  Kelulusan Akademik Kelulusan Akademik Perbezaan Min Ralat Piawai Sig. P Diploma Sarjana -.34835* .13423 .048

  Phd -1.07639* .40000 .037 Sarjana Diploma .34835* .13423 .048 PhD Diploma 1.07639* .40000 .037

  • Signifikan pada aras p< 0.05

  Manakala Analisis ANOVA di dalam Jadual 7 di bawah pula menunjukkan bahawa guru yang mempunyai pengalaman mengajar 8-15 tahun adalah yang teramai terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 121 orang responden dengan skor (M=3.32, SP= .54). Seterusnya kumpulan guru yang mempunyai pengalaman 16-23 tahun adalah kedua teramai iaitu 102 orang responden (M=3.40, SP=.57). Kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun adalah merupakan kumpulan yang mendapat skor min tertinggi iaitu (M=3.42, SP=51). Manakala kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 24-30 tahun merupakan kumpulan yang mendapat skor min keseluruhan paling rendah iaitu (M=3.22, SP=62).

  Jadual 7. Min dan Sisihan Piawai Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru

  Pengalaman Mengajar N Min Sisihan Piawai 0-3 tahun

  34 3.36 .70 4-7 tahun

  88 3.34 .50 8-15 tahun 121 3.32 .54 16-23 tahun 102 3.40 .57 24-30 tahun

  31 3.22 .62 Lebih 30 tahun

  40 3.42 .51 Berdasarkan jadual 8 di bawah, hasil keputusan analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi aplikasi VLEFROG F(5, 410) = .728, p < 0.05) berdasarkan pengalaman mengajar guru.

  Jadual 8. Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Persepi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan Pengalaman Mengajar

  Perbandingan penggunaan Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Signifikan

  VLERROG berdasarkan Kuasa Kebebasan Dua pengalaman mengajar Dua Antara Kumpulan 1.124 5 .225 .728 .603 Dalam Kumpulan 126.636 410 .309 JUMLAH 127.759 415

  • Signifikan pada aras p < 0.05 Maka berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang memiliki kelulusan akademik diploma lebih rendah tahap persepsi mereka menerima inovasi VLEFROG ini di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh guru-guru yang berkelulusan diploma ini terdiri dari guru-guru yang hanya memiliki sijil perguruan pada satu ketika dahulu dan telah dinaik taraf ke peringkat diploma. Mereka ini adalah guru-guru lama yang berumur 40an ke atas. Mentaliti dan tanggapan guru-guru lama ini selalunya akan menolak sebarang perubahan di dalam sistem pendidikan. Ini bertentangan dengan kajian oleh Sritharr (2016) di mana kelulusan akademik dan tahap umur tidak membezakan seseorang guru dengan persepsi dan kemahiran ICT mereka. Di mana dengan ini boleh dikatakan bahawa kelulusan akademik yang tinggi belum pasti cukup untuk menerima dan menguasai tahap penggunaan komputer. Selain itu tidak ada perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi VLEFROG berdasarkan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan bahawa pengalaman mengajar setiap guru tidak mempengaruhi persepsi mereka terhadap inovasi VLEFROG ini. Ini bermakna setiap guru sama ada guru yang baru berkhidmat atau yang sudah lama berkhidmat tidak mempunyai masalah untuk menerima inovasi VLEFROG ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini selari dengan kajian oleh Fariza (2007) yang menyatakan semakin lama seseorang itu bertugas di sesebuah sekolah, semakin banyak peluang yang didapati untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan teknologi di sekolah mereka.

  KESIMPULAN

  Kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi yang ada pada aplikasi VLEFROG dan melihat perbezaan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan pengalaman mengajar guru yang dijalankan di sekolah-sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya da Negeri Selangor telah berjaya mencapai objektif dengan menjawab soalan kajian yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan dan persepsi guru terhadap ciri-ciri VLEFROG masih di tahap sederhana. Secara keseluruhannya persepsi guru berdasarkan ciri-ciri inovasi VLEFROG telah menunjukkan bahawa guru masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan sistem pembelajaran yang diperkenalkan ini. Selain itu dapatan kajian seterusnya menunjukkan terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan kelulusan akademik di mana guru yang memiliki kelulusan akademik diploma lebih rendah tahap persepsi mereka menerima inovasi VLEFROG ini di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap inovasi VLEFROG berdasarkan pengalaman mengajar di mana boleh rumuskan bahawa setiap guru tidak kira guru yang baru berkhidmat atau sudah lama berkhidmat mempunyai persepsi yang sama terhadap kewujudan inovasi VLEFROG ini. Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh diambil ialah jika tahap persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi ini semakin tinggi, maka secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi penggunaan

  VLEFROG ini dalam kalangan guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan melalui pembelajaran persekitaran maya di sekolah-sekolah menjadi penanda aras kepada kemajuan sistem pendidikan negara. Melalui teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi terhadap guru dalam menyediakan pelajar ke arah kehidupan abad ke 21 (Ghavifekr, et al. 2012). Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu terus mencari resolusi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang memperlahankan momentum proses pelaksanaan VLEFROG dalam sistem pendidikan di Malaysia ini.

  Rujukan

  Azuriana Md. Tahar. 2014. Aplikasi Frog VLE dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan

  3. Diakses pada 20 Julai 2015. https://www.academia.edu/7349217/Aplikasi_Frog_LE_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_ Pendidikan_Sivik_dan_Kewarganegaraan_Tingkatan_3 Cohen, L. Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed. Ke-5. London:Routledge falmer.

  Frog VLE Panduan Jurulatih. 2013. Diakses pada 28 Jun 2014. http:// www.frogasia.com Frog VLE Panduan Dan Ciri-Ciri Baru. 2014. Diakses pada 13 Ogos 2015. http Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N.Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. 2012

  ICT Integration in Education Incorporation for Teaching & Learning Improvement. The MalaysianOnline

  Journal of Educational Technology

  Gong, M., Xu, Y & Yu, Y.H. 2004. An Enhanced technology acceptance model for webbased learning. Journal of Information Systems Education 15(4): 365-347. Hu, P. J., Clark, T. H. K. & Ma, W. W. 2003. Examining technology acceptance by school teachers: a longitudinal study. Information & Management 41(2): 227-241 Hartley, J. 2006 Innovation and its Contribution to Improvement: A Literature Review for Policy-makers, Policy

  Advisors, Managers and Academics, London: Department of Communities and Local Government Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor, Zawiyah M. Yusof. 2012 Jurang digital dan pendidikan di luar bandar: tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Asia-Pacific Journal of

  Information Technology and Multimedia, 1 (2). pp. 1-13. ISSN 2289-2192 Ida Norini Mahamad Tajudin. 2013. Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan Konsep Persekitaran

  Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris. Jacobs, D., & Snijders, H. 2008. Innovation routine: how managers can support repeated innovation. In Stichting Management Studies . Assen: Van Gorcum. Mohd Aizuddin 2013. Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle. Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/. Mohammad Azmi bin Muda. 2013. Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripad Mohamed Noor, H. 2001. Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam Ahmad Zaharudin Idrus.

  Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM, Skudai, Johor. Penerbitan UniversitiTekonologi Malaysia, Johor. Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. 2008. Persepsi guru-guru pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Journal of Social Science, 3

  (Sept): 179-205. Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Hj Ismail & Jamil Ahmad 2010. Tahap penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5):118-128/. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya

  (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7

  th

  International Malaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf. 2013 . Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya

  (Frog VLE) Dalam Kalangan 7th Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational Volume 3

  September 2011, Pages 132-147 /ISSN: 2231-7376

  Nurul Juzailah Jemain. 2013 . Faktor-Faktor Mempengaruhi VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah ,Kertas Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia Rheingold

  H. 2004, Virtual Learning Environment (VLE), Diakses pada 13 Mei 2015 . http://www.thefeature.com/articleid=10049 9&ref=2337881 Rogers, E.M. 2003. Diffusion of innovations (5th ed.). New York: Free Press.

  Rohani Ahmad. 2011. Pengetahuan, Sikap, & Kemahiran )CT di kalanganGuru-guru Matematik Sekolah menengah Negeri Pahang, UniversitiKebangsaan Malaysia. Sritharr a/l Jahanadan 2016. Literasi Pengguna Komputer Dalam KalanganGuru Matematik Sekolah Jenis

  Kebangsaan Tamil Daerah Hulu Selangor, e Proceeding of the Social Sciencer Research (ICSSR 2016) (e- ISBN 978-967-0792-09-5). 18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Saade, R. & Bahli, B. 2005. The impact of cognitive absorption on perceived usefulness and perceived ease of use in on-line: an extension of the technology acceptance model. Information and Management 42: 317-327 Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah dalam penggunaan VLE

  FROG untuk pengajaran & pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

  Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. 2010. E- Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat, Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 Guru Sains. Prosiding 7

  InternationalMalaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16- 18 September.

Dokumen baru
Aktifitas terbaru
Penulis
123dok avatar

Berpartisipasi : 2018-08-08

Dokumen yang terkait
Tags

Penilaian Teoritikal Terhadap Ciri Ciri

10 Ciri Guru Professionalx

Keterliban Kerja Terhadap Ciri Ciri Komp

Ciri Ciri Bahasa Jurnalistik Ciri Ciri Mahluk Hidup Ciri Ciri Jamur Beracun Ciri Ciri Tachypleus Gigas Bagaimana Ciri Ciri Sipilis

Ciri Ciri Kuri Tersirat

Ciri Ciri Kepemimpinan Dalam Organisasi

PERSEPSI GURU TERHADAP CIRI CIRI INOVASI

Gratis

Feedback